RSS2.0

Siti Sarah dan Bob ke Los Angeles

Isnin, 4 Mei 2009

Sarah telah berjaya mara ke peringkat akhir 'World Championships of Performing Arts' (WCPA), Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat setelah berjaya dalam pertandingan akhir bagi pemilihan peserta ke World Championships of Performing Arts di Istana Budaya, semalam (3/5).

Pertandingan ini akan berlangsung dari 11 hingga 19 Julai ini.

"Saya rasa tersentuh dengan apa yang diucapkan. Sungguh seronok," luah Sarah.
Sarah turut menganggap kejayaannya itu atas hasil usaha yang dilakukan selama ini.
"Alhamdulillah, saya anggap ia satu kejayaan untuk semua.
"Walaupun jatuh sakit sehingga kena masuk air pada tiga hari lepas, malam ini (semalam) saya sudah cuba buat yang terbaik," kata Sarah yang memulakan latihan sejak sebulan lalu.
Para peserta untuk kategori vokal diadili oleh juri profesional iaitu Deja Moss dan Syafinaz Selamat.

Selain Sarah, Yusrizan Usop atau Bob, 27, turut terpilih ke peringkat akhir pertandingan itu.

mStar

0 ulasan: