RSS2.0

Norish Karman Bergaduh dengan Kenchana Dewi

Rabu, 18 Mac 2009

Lagi kisah kontroversi mengenai pelakon drama bersiri popular di TV3, Spa Q musim kedua (Spa Q 2)! ada informer memberitahu kononnya bintang utama Spa Q 2, Norish Karman atau NK memarahi dan memalukan pelakon pembantu drama berkenaan, Kenchana Dewi gara-gara kegagalannya berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris!

Kenchana Dewi sekali lagi tercalon dalam senarai Top 5, kategori Artis Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

Tak berapa lama dulu ketika Spa Q 2 masih dalam pembikinan, Kenchana Dewi pernah kena sound dengan NK gara-gara tatabahasa Bahasa Inggerisnya tak berapa betul ketika dia bertutur dalam bahasa kedua itu. Maklumlah Kenchana orang India, mestilah bahasa Inggerisnya ada pelat India.

Nama Kenchana Dewi masih belum tercemar dengan cerita seumpama ini,

“Seingat saya, masa kami shooting Spa Q 2, NK memang tak pernah tegur Bahasa Inggeris saya, jauh sekali nak bergaduh. Tapi, saya akui, Bahasa Inggeris NK memang hebat, namun nak kata dia tegur saya kerana Bahasa Inggeris saya salah, tak ada. Lagipun, saya tak banyak bercakap dengannya. NK kalau di lokasi, dia ‘reserved’, buat hal sendiri,” katanya lagi.

Jadi, mana satu yang betul ni, hanya empunya diri tahu apasebenarnya yang berlaku antara mereka. Atau mungkin juga Kenchana masih berahsia sebab tidak mahu memanjangkan cerita. Apapun, baik NK mahupun Kenchana, mereka berdua memang hebat berlakon. Harap-harap jangan buat hal yang boleh mencalar imej kedua-duanya.

0 ulasan: