Sebut lagi pasal pelajar AF, kemesraan antara mereka dah mula terjalin. Kata orang putih, true colours mereka dah mula keluar menerusi Diari AF dan Diari EXT.
Terlihat koleksi foto AF7 yang baru-baru ini, pelik melihat foto yang satu ini. Mesranya Aril mengucup dahi rakan pelajarnya yang botak macam Mawi itu, Qhaud!
Khabarnya, foto kandid ini dirakamkan oleh jurugambar Astro, ketika berakhirnya sidang media untuk pengumuman 20 calon pelajar AF7 dulu. Tidak dipastikan apa yang menyebabkan Aril mengucup dahi Qhaud itu tetapi pada firasat, ia tentu atas rasa kemesraan dan kasih sayang sesama sahabat.
Diharapkan, semua 14 pelajar AF7 akan terus rapat dan saling bantu-membantu dalam akademi. Biarlah selalu berbaik-baik sangka dan jangan ada penyakit hasad dengki.
-Murai-
0 ulasan:
Catat Ulasan