Hah, mungkin ada yang terkejut melihat tajuk berita berkenaan. Kenapa? Tak Percaya? Kalau tak percaya, nyanyikanlah lagu "Percayalah....." gerenti percaya.
Sebenarnya ia adalah rekod Siti menenangi kategori Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 KALI BERTURUT-TURUT dalam sebuah anugerah berprestij pilihan peminat! Gelaran itu pastinya menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sudah 22 kali dianjurkan.
Pada kajian am, mana ada award dalam dunia ini yang menyaksikan seseorang artis itu menang 12 kali atau 12 tahun berturut-turut gelaran yang sama pilihan peminat. Rasanya, Whitney Houston, Mariah Carey, Shah Rukh Khan atau Michael Jackson pun tak pernah kot?"Terima kasihlah kerana mengutarakan perkara ini. Kita akan semak fakta itu dulu. Kita sedar di peringkat Malaysia dan negara serantau, Siti sudah mencipta rekod baru. Cuma sekarang kita akan mengusulkan perkara ini kepada pihak Malaysia Book of Records dan seterusnya Guiness Book of World Records tentang kejayaan Dato' Siti dalam ABPBH.
"Selama ini memang Siti terus mendapat sokongan peminat dan inilah satu-satunya anugerah yang memberikan seratus peratus kebebasan kepada peminat untuk mengundi kejayaan artis pujaan mereka.
"Kalau benarlah Siti telah mencipta rekod dunia, ia satu kejayaan yang manis buat Malaysia," kata Kak Cham (Pengerusi ABPBH) dengan teruja.
Nama Siti Nurhalizah dalam Book of Records?
Jumaat, 1 Mei 2009Dicatat oleh Izyan di 1:28 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan