Linda Onn sekarang sudah berani nak gayakan pemakaian seksi. Yang terbaru dia sudah berani nak mendedahkan dadanya secara terbuka dalam peragaan pra-fesyennya. Namun tidaklah seksi yang melampau-lampau, namun boleh menguggat saham lelaki bila melihatnya.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang pada awalnya `tersingkir' berjaya menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta, semalam (1/5).
Ini kerana sebelum persembahan bermula, pengacara Marion Caunter mengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir ekoran mendapat jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sepanjang minggu lalu.
Bagaimanapun, Tomok seolah-olah `mati hidup kembali' apabila orang ramai membuat keputusan mengkehendaki tiga finalis beraksi di peringkat akhir.
Sebelum ini, mereka berpeluang berbuat demikian menerusi undian di laman web www.8tv.com.my/oiam.
Ternyata Tomok membalas kepercayaan mereka dan menterjemahkan peluang keemasan itu dalam bentuk persembahan terbaik pada malam itu.
Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan dilirikkan Tinta S.
Penyanyi berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.
"Saya memanfaatkan peluang itu dengan memberikan apa-apa yang termampu. Alhamdulillah, saya berjaya akhirnya selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran," katanya.
Pertandingan OIAM peringkat akhir diadakan di Stadium Malawati di sini, semalam (1/5).
Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar mengumumkan Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3 peratus diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera (27.41 peratus).
Untuk rekod, keputusan sebenar itu hampir menyamai keputusan tinjauan (sehingga 2 Mei, 1 pagi) sepanjang minggu ini iaitu, Tomok (39.8 peratus), Esther (34.5 peratus) dan Aweera (25.7 peratus).
Sebenarnya penulis sendiri tak pernah melihat wajah isteri kepada pelakon dan juga koreografer Corrie Lee atau nama islamnya Adam Corrie Lee Abdullah ni yang selalu main watak penjahat dalam siri Gerak Khas. Maka, secara ekslusifnya penulis nak siarkan gambar Corrie Lee dan juga isteri tersayang beliau kepada anda yang belum lagi melihat gambar isteri beliau, Fazema di sini. Jom layan..
Bunga Citra Lestari telah mempersiapkan judul lagu bertajuk "Hanya Untukmu" atau Just For You. Lagu ini adalah kesinambungan daripada filem yang dimainkannya atau lagu tema utama iaitu "Saus Kacang" dan juga suaminya Ashraf juga ikut bersama dengan iringan irama yang meromantikkan.
Saida dan Sairah telah dijemput di dalam rancangan WHI kelmarin (30/4). Mereka diundang adalah atas dasar perbincangan isu yang melibatkan tajuk 'Bahana Fitnah' yang dihostkan oleh Ruhil Shafinaz, ceritanya mengenai gossip dan fitnah yang melanda mereka berdua di laman-laman web, almaklumlah artis baru dalam dunia seni. Selain itu Kedua-duanya kelihatan berseri-seri. Namun Siti Nurhaliza tak dapat datang sama, kalau datang bersama mesti lebih lagi berseri-seri.
Biar betik Jaafar ni, bukan dia berminat dalam bidang lakonan ke. Pelik pula dia bealih arah kepada bidang masakan. Kalau nak dilihatkan, tak pernah pun sebelum ni dia pandai memasak, tetiba sahaja dia pegang title chef pula. Mungkin rezeki dia kot. Anda jangan silap pula dia cuma melakonkan watak chef Jo dalam drama bersiri Johari Sapeon (Chef Jo) yang akan menemui penonton mulai 7 Mei 2009, setiap hari Khamis jam 11.00 pagi. Barisan pelakon yang mewarnai drama bersiri ini ialah Jaafar Onn (Chef Jo), Bell Ngasri (Azman), Anne Ngasri (Azlynn), Aizad Jazmin, Nor Khiriah, Enot, Anita Baharom, Rozie Othman dan ramai lagi.
Setelah sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramai tentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.
Lebih setahun kisah 'panas' mereka hebat diperkatakan. Dalam tempohitu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.
Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang 'status' mereka itu.
"Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya...tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy (Astro Oasis, Rabu 7.30 malam) untuk musim kedua," kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui pada majlis pelancaran program itu di Ampang, semalam (30/4).
Ternyata 'gimik' yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu 'pengumuman' istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.
Malah, sikap 'sporting' yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa 'pasangan' ini mungkin sudah bersedia untuk 'mendedahkan' status sebenar mereka.
Hah, mungkin ada yang terkejut melihat tajuk berita berkenaan. Kenapa? Tak Percaya? Kalau tak percaya, nyanyikanlah lagu "Percayalah....." gerenti percaya.
Sebenarnya ia adalah rekod Siti menenangi kategori Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 KALI BERTURUT-TURUT dalam sebuah anugerah berprestij pilihan peminat! Gelaran itu pastinya menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sudah 22 kali dianjurkan.
Pada kajian am, mana ada award dalam dunia ini yang menyaksikan seseorang artis itu menang 12 kali atau 12 tahun berturut-turut gelaran yang sama pilihan peminat. Rasanya, Whitney Houston, Mariah Carey, Shah Rukh Khan atau Michael Jackson pun tak pernah kot?
"Terima kasihlah kerana mengutarakan perkara ini. Kita akan semak fakta itu dulu. Kita sedar di peringkat Malaysia dan negara serantau, Siti sudah mencipta rekod baru. Cuma sekarang kita akan mengusulkan perkara ini kepada pihak Malaysia Book of Records dan seterusnya Guiness Book of World Records tentang kejayaan Dato' Siti dalam ABPBH.
"Selama ini memang Siti terus mendapat sokongan peminat dan inilah satu-satunya anugerah yang memberikan seratus peratus kebebasan kepada peminat untuk mengundi kejayaan artis pujaan mereka.
"Kalau benarlah Siti telah mencipta rekod dunia, ia satu kejayaan yang manis buat Malaysia," kata Kak Cham (Pengerusi ABPBH) dengan teruja.
Setelah merilis album perdana CERMIN HATI (2007), Cut Memey kini tengah mempersiapkan album keduanya yang masih dalam tahap pengumpulan lagu. Mantan isteri Jacksen Perangin-Angin itu, menyebut albumnya kali ini dalam bentuk mini album yang berisi lima buah lagu.
"Rencananya saya akan ngeluarin single dulu. Dan juga album kedua ini akan dibikin mini album, berisi 5 lagu," ungkap Memey.
Pilihan merilis album, menurut Memey lebih menguntungkan dibandingkan full album, karena dalam setiap album pastinya hanya beberapa lagu yang menjadi hit. Sehingga dengan album mini, boleh juga kelima-limanya menjadi hit. Tentu kesulitan kalau sepuluh lagu di sebuah album boleh hit semua.
"Nggak harus kita bikin full album, soalnya biasanya yang jadi hit single itu cuma satu atau dua lagu. Dengan mini album ini saya berharap 5 lagu itu jadi hit semuanya," ungkap pemilik nama panjang Cut Meylani Decy Susanti itu.
Namun demikian, Memey yang meninggalkan dunia sinetron untuk mengurus albumnya itu menolak membocorkan judul albumnya. Menurutnya, masih dirahsiakan.
"Masih rahasia, nanti kalau udah sekitar 40% saya baru akan bicara banyak," ungkapnya setengah berjanji.