RSS2.0

Kamal: Intan Cuma Kawan Rapat Jerk

Isnin, 11 Mei 2009

Kamal Adli adalah Juara Hero Remaja 2007/08 yang sedang meningkat naik sebagai bakat baru kacak yang serba boleh, baik dalam bidang lakonan atau pengacaraan. Dan baru-baru ini, ada gosip mengatakan anak muda ini kekasih baru Intan Ladyana dan kemungkinan penyebab perpisahan Intan dan bekas teman lelaki, Kevin Zahri.

Bila diminta penjelasannya mengenai khabar angin ini, anak kelahiran Pekan, Pahang ini yang ditemui pagi tadi sempena pengumuman 25 finalis peraduan Rekatee, sedikitpun tidak melatah. Sebaliknya, dia melihat cakap-cakap nakal ini sebagai perkara biasa, lebih-lebih lagi memandangkan dia seorang pendatang baru dalam industri.

“Mungkin kerana Kamal takde cerita, tak keluar TV, jadi ada pihak yang mereka cerita sebegini. Di tambah pula drama ‘Bio-Nik’ nak keluar, jadi biasalah jika timbul gosip ‘cinta lokasi’, dan Kamal dan Intan yang dijadikan sebagai bahan. Apatah lagi Intan seorang selebriti terkenal,” jelas jejaka ini yang suatu ketika dulu pernah digosipkan dengan teman ‘Impian’-nya, Nur Diana Amir Hashim.
“Kamal akui, Kamal dan Intan menjadi rapat sejak ‘Bio-Nik’. Bersama Fizo dan para pelakon lain, kami menjadi kawan rapat. Kami keluar ramai-ramai. Dan Kamal tak pernah tanya dia tentang hal peribadinya.”
Tidak ambil kisah percakapan orang, bagi Kamal, gosip-gosip seperti ini sebaliknya membantu meningkatkan profilnya.
“Kamal tak melatah. Sebenarnya, Kamal dah agak dah akan ada orang cakap. Tapi Kamal melihatnya dari sudut yang positif. Sekurang-kurangnya, orang sedar kewujudan Kamal dan secara tidak langsung, ia promosi yang baik untuk ‘Bio-Nik’. Mengapa kami rapat? Kerana ‘Bio-Nik’. Ini menjadikan orang ingin tahu apa itu ‘Bio-Nik’ (Terbitan KRU Studios, ‘Bio-Nik’ mengambil premisnya dari cerita ‘Bionic Woman’).”-Gua


Baca lagi...

Faezah Elai Tolak VIP, Nak yang Miskin

Katanya, golongan VIP kalau tak dilayan, tidak akan menjadi. Selama ini terlalu ramai yang melayan menyebabkan perangai golongan itu semakin menjadi-jadi.

“Saya tak suka dengan godaan orang-orang kaya ni. Maaflah kalau ada yang berhasrat nak mendekati saya. Saya bukan orang yang cepat termakan ayat-ayat cinta mereka,” kata Faezah Elai.




Baca lagi...

Sekitar Konsert Black Dog Bone

Kumpulan Lagenda Terunggul 'Black Dog Bone' telah mengadakan sebuah konsert. Konsert dorang ni diadakan di Istana Budaya baru-baru ini yang berlangsung dari 8 Mei sehingga 10 Mei kelmarin. Black Dog Bone digandingkan dengan gandingan mantap seperti Jay Jay dan Rahim Othman. Menyanyikan 25 lagu tanpa henti seperti lagu-lagu top mereka Hatiku Luka Lagi, Nasi Goreng, Oh Ibu dan sebagainya.












Baca lagi...

Mawi dan Ekin di Kota Kinabalu

Mawi dan Ekin tempoh hari ada pergi kat Kota Kinabalu City bersama-sama dengan emaknya dan kakaknya (baju pink) serta ahli keluarga Vie Shanti yang bersama-sama dengan mereka membawa anaknya dan juga adiknya (tak pakai tudung). Gambar di bawah kalau penulis tak silap, mereka berada di hotel Le Meridien Kota Kinabalu (tempat selalu penulis dinner, jadi mestilah ingat punyer kawasan sekitarnya).






Baca lagi...

Spender Revalina S. Temat?

Ahad, 10 Mei 2009



Wah memang asyik sekali apabila seorang jurufoto mengambil foto Revalina S. Temat yang sedang dalam sidang media. Tanpa diketahui Revalina S. Temat yang dalam riang gembira berkenaan. Sepertinya tidak memakai spender, cuba anda lihat sendiri gambar di bawah ini, beri komen juga yer. hikhik.





Baca lagi...

Gaya Maya Karin yang Bersahaja

Maya Karin ni tetap cantik walaupun mengenakan pakaian yang sebegini dan make-up yang nipis. Rambut Maya yang curly ni pun menambahkan kejelitaan si duyung yang pandai berbahasa Melayu ni. Jangan marah Maya. Bertuahlah cik abang Si Maya ni dapat buah hati aka isteri yang rupawan lagi manis. hikhik.









Baca lagi...

Gambar Zizie Ezette Yang Seksi

Seksinya pelakon Zizie Ezette dalam penampilannya kali ini. Sampai tanyang paha penulis katakan. Memang agak menjolok mata jugalah melihat fesyennya ini. Namun itu semua trend semasa juga kan, nak pakai mestilah yang seksi-seksi, mana taknya juga kan, hubungan cinta Zizie yang terjalin hampir tujuh tahun dengan seorang ahli perniagaan terkubur begitu sahaja, jadi kenalah ada 'tips-tips' nak pikat pakwe baru. So, Zizie sekarang berstatus single.




Baca lagi...

Akademi Fantasia : Aril Masuk Balik

Khairil Azam Pilus atau Aril berjaya menempah tempat ke konsert akhir Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) minggu depan apabila dia diserap semula menerusi undian AF Masuk dan sekaligus menyertai empat peserta akhir lain iaitu Ismaliza Ismail (Isma), Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz), Afiq Hakim Ahmad (Akim) dan Mohd Yazid Ibrahim (Yazid).

Menerusi undian AF Masuk yang boleh dilakukan oleh penonton sejak minggu lalu itu, Aril yang tersingkir pada minggu ketujuh yang lalu telah menerima undian tertinggi sebanyak 52.5 peratus menewaskan sembilan lagi peserta yang turut tersingkir sebelum ini iaitu Aishah dengan 26.6 peratus, Zizi (7%), Sidi (6%), Claudia (5%), Qhaud (2%), Rini (0.8%), Rubisa (0.4%), Obri (0.3%) dan Nas Adila (0.2%).

Aril, Isma, Hafiz, Akim dan Yazid akan beraksi di konsert akhir yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu depan. -Mstar

pS: adil ke macam ni? atau pihak AF nak kaut lebih dari undian sms Aril yang tinggi tu?


Baca lagi...

Gambar Terbaru Melly Goeslaw

Sabtu, 9 Mei 2009


Perubahan drastik sungguh melihat tubuh sosok Melly Goeslaw kini. Makin gendut(gemuk) melihatnya yang dahulu pernah popular dengan lagu seperti Tentang Dia, Gantung dan sebagainya. Namun pun begitu, suaranya juga masih lunak dan sedap didengar.





Baca lagi...

Persandingan Adlin dan Emelda ala Casino Royale

Ada sumber memberitahu, majlis persandingan Adlin dan Emelda Rosmila di Hotel JW Marriot, Putrajaya pada Jun itu nanti ternyata sungguh hebat kerana menggunakan konsep James Bond, iaitu Casino Royale!

Khabarnya pereka yang bertanggungjawab mencipta konsep majlis perkahwinan Adlin dan Emelda itu adalah tenaga kreatif yang sama untuk majlis persandingan Ekin dan Mawi di Stadium Tertutup Johor Bahru, hujung tahun lalu.

Kata sumber itu lagi, memandangkan konsep macam James Bond, pelamin akan mempunyai sebuah runway berlatar-belakangkan hiasan berkilau dan cermin-cermin. Hai teruja pula apabila dengar semua pelayan kelak akan disarungkan dengan kepak burung serba putih yang diimport dari Bangkok, Thailand. Amboi, pari-pari dari kayangan ke?

Difahamkan, satu lagi majlis resepsi untuk kedua mempelai akan diadakan dalam konsep Jawa dengan rekaan pelamin dari Perak.


Baca lagi...